APABILA anda melihat durian disusun membukit di mana-mana gerai dengan tanda harga serendah $2 hingga $10 sebiji, itu tandanya musim durian telah tiba.
Semalam di pasar raya Sheng Siong di Bedok Central, misalnya, orang ramai beratur panjang menuju gerai yang dibuka di bahagian luar pasar raya itu.





