KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 37 tahun, tekad membuat laporan polis, pada Rabu (23 Jun) berikutan kecewa dengan mulut lancang seorang individu yang mendakwanya mandul.
Berita Harian Malaysia melaporkan, Siti Elizad juga akan mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan berikutan menyifatkan komen yang ditinggalkan dalam laman Facebook sebuah portal hiburan melampau sehingga melukakan hatinya.





