SINGAPURA sedang mempertingkat kepakarannya dalam sektor makanan novel, dengan Universiti Nanyang Teknologi (NTU) memperkenalkan kursus ijazah sedemikian yang akan memberi tumpuan terhadap produk alternatif daging.
Sekitar 30 pelajar daripada program makanan sains dan teknologi universiti itu, dijangka mengikuti kursus tersebut, demikian menurut laporan The Straits Times.





