PERENANG lautan terbuka, Chantal Liew, mencipta sejarah sebagai warga Singapura pertama yang menempah tempat ke Sukan Olimpik dalam sukan tersebut pada Sabtu (19 Jun).
Walaupun beliau akui dirinya kemudian sakit kepala berdenyut-denyut dan terasa loya, Liew, 22 tahun, gembira berada di tempat ke-29 dalam lumba renang 10 kilometer dengan masa 2 jam, 12 minit dan 20 saat.





