MULAI Isnin (21 Jun) ini, mereka yang ingin melawat pesakit di Hospital Besar Singapura (SGH) selama lebih dari 20 minit akan diminta untuk menjalani ujian pantas antigen Covid-19 (ART).
Ini termasuk penjaga yang berdaftar bagi pesakit yang dirawat di wad, dan keputusan ujian negatif diperlukan sebelum pengunjung dibenarkan masuk ke wad, kata SGH dalam catatan Facebook pada Ahad (20 Jun).





