SEBAGAI rakyat Singapura, amat penting untuk mengiktiraf pengalaman setiap masyarakat, dan meraikannya sebagai sebahagian warisan negara, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Encik Edwin Tong.
Bercakap semasa pelancaran buku 'Sang Nila Utama & Tun Seri Lanang - Singapore's Last Malay Schools' semalam, Encik Tong berkata bahawa warisan masyarakat negara ini bukan sekadar mengenal pasti dari mana asal-usul kita, bahkan...





