USAHA menggalak lebih ramai wanita Melayu kembali bekerja perlu dipertingkat kerana ini dapat mengukuhkan pendapatan dan memperluas peluang keluarga, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.
Beliau juga berkata lebih banyak dialog dan perbincangan topik berkaitan wanita dan pekerjaan perlu diadakan untuk mengubah pemikiran serta stereotaip terhadap peluang serta pencapaian wanita.





