SYARIKAT Ibadahsg Pte Ltd dan beberapa rakan kerjasama secara konsortium akan melaksanakan ibadah korban di tempat pendalaman Indonesia dan Kemboja.
Pengarah Ibadahsg Pte Ltd, Ustaz Mohmed Firdaus Masruhen berkata pihaknya akan memberi agihan daging korban dan akikah di kawasan fakir miskin, anak-anak yatim, golongan yang tidak berupaya, guru-guru agama yang memerlukan, pelajar tahfiz dan asnaf yang memerlukan.





