MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) bakal memperkenalkan satu program penyelidikan baru yang akan mengkaji bagaimana masyarakat minoriti Islam dapat berjaya dalam masyarakat kontemporari.
Mengumumkan rancangan ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata terdapat keperluan bagi membangunkan sebuah badan pengetahuan untuk membantu masyarakat minoriti Islam di seluruh dunia menghadapi cabaran unik tersendiri.





