MENTERI Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dan rakan sejawatannya di Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, akur pada kepentingan bagi Singapura dan Malaysia meneruskan kerjasama dalam merealisasikan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura.
Usaha ini, jelas Encik Iswaran, akan memperkukuh ketersambungan kedua-dua negara apabila perjalanan merentas sempadan disambung semula.





