KUALA LUMPUR: Barisan pemimpin kanan parti politik utama Malaysia termasuk parti politik pembangkang, telah dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara di sini bermula semalam.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah pemimpin pertama menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi semalam. Kenderaan yang dinaiki beliau dilihat tiba di Istana Negara pada 7.50 pagi...





