SEORANG remaja berusia 19 tahun meninggal dunia menyusuli satu kemalangan di Woodlands Avenue 12 awal pagi kelmarin. Difahamkan bahawa beliau pembonceng motosikal yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dan van itu.
Allahyarhamha Nur Liyana Chew disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Penunggang motosikal berusia 20 tahun itu pula dibawa ke Hospital Khoo...





