SANGAT menyedihkan, kehilangan seorang teman yang sentiasa positif dan ingin menyumbang untuk mencari rezeki keluarga, kata seorang jiran seusia mangsa yang terkorban dalam satu kebakaran alat mobiliti peribadi (PMD) di lif sebuah blok HDB di Woodlands kelmarin malam.
Encik Aiman Hazim, 20 tahun, berkata mangsa itu dikenali sebagai seorang yang sentiasa bersikap positif dan giat berusaha mencari rezeki buat keluarganya.





