PARIS: Pemain tenis wanita nombor dua dunia, Naomi Osaka, boleh disingkir daripada Terbuka Perancis dan kejohanan Grand Slam lain jika beliau terus berkeras enggan bercakap kepada media, kata penganjur.
Osaka minggu lalu berkata beliau enggan memberi sebarang sidang media semasa kejohanan Terbuka Perancis, yang sedang berlangsung di Roland Garros, bagi menjaga kesihatan mentalnya.





