DUTA Arab Saudi ke Singapura Encik Saad Saleh Al Saleh telah menghadiahkan kiswah kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.
Kiswah itu, yang merupakan kain yang digunakan untuk menyelimuti Kaabah, diberikan kepada Muis bagi pihak Penjaga Dua Masjid, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud, untuk mengiktiraf khidmat Muis kepada masyarakat Muslim di sini.





