KUALA LIPIS (Pahang): Sudah lebih setahun sekumpulan pelajar dari Kampung Relai, Kerambit, terpaksa belajar di atas bukit berhampiran lombong bijih timah demi mendapatkan capaian Internet ketika mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (HBL).
Semua pelajar itu terpaksa berulang-alik ke lokasi berkenaan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka untuk mengikuti kelas HBL.





