PUSAT makanan Boon Lay Place Food Village ditutup selepas tujuh kes Covid-19 dikesan dalam kalangan mereka yang bekerja atau mengunjungi pusat penjaja tersebut, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Dalam kenyataannya kelmarin, MOH berkata kes tersebut dikesan menerusi siasatan pada jangkitan Covid-19 yang mungkin wujud dalam kalangan penjual ikan yang mengunjungi Pelabuhan Perikanan Jurong bagi mendapatkan bekalan mereka untuk dijual di pasar...





