BEBERAPA kelab masyarakat (CC) dan pusat makanan yang terletak di pusat membeli-belah di sekitar negara akan menyediakan kawasan untuk pekerja penghantaran berehat dan makan semasa tempoh Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), yang bermula semalam hingga 18 Ogos.
Ini menyusuli pengumuman kawalan Covid-19 yang diperketat yang antaranya tidak membenarkan menjamu di premis makanan dan minuman (F&B).





