KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 181 kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari Rabu (21 Julai) dengan 179 daripadanya merupakan jangkitan dalam kalangan masyarakat.
Daripada sejumlah 179 kes masyarakat itu, sebahagian besar iaitu 130 kes berkait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, pasar dan pusat makanan, yang kian bertambah bilangan kesnya.





