BANGKOK: Thailand mengumumkan peluasan sekatan koronavirus pada Ahad (18 Julai) yang meliputi sekatan kembara, penutupan pusat beli-belah dan penguatkuasaan perintah berkurung pada waktu malam di tiga wilayah selepas negara itu melaporkan rekod jumlah kes harian Covid-19 tertinggi pada hari ketiga berturut-turut.
Negara ini melaporkan 11,397 jangkitan dan 101 kematian pada Ahad, membawa pada jumlah keseluruhan kes koronavirus mencecah 403,286 kes...





