SEMBILAN perniagaan karaoke berkonsep keluarga bergabung dan membuat petisyen kepada pihak berkuasa supaya memberikan mereka klasifikasi berbeza daripada pusat hiburan KTV yang dikaitkan dengan kelompok Covid-19 yang semakin berkembang.
Petisyen bertajuk 'Asingkan karaoke keluarga daripada kelab malam dan KTV yang mempunyai pelayan dan benarkan kami beroperasi secara selamat' itu dimulakan kelmarin di laman web petisyen Change.org.





