SATU gerbang gah akan dibangunkan di simpang empat di hadapan Joo Chiat Complex, sebagai menandakan pintu masuk utama ke Jalur Budaya Geylang Serai yang kini sedang menjalani pembaharuan untuk menjadikannya lebih bertenaga.
Gerbang itu akan melambangkan peralihan dari bekas penempatan Melayu ke kawasan masyarakat yang kontemporari dan bersemangat.





