SEORANG wanita sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan di Facebook melibatkan wang milik empat orang.
Polis semalam berkata wanita berusia 26 tahun itu ditangkap pada Selasa lalu selepas seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa beliau ditipu memindahkan $300 ke akaun bank yang diberikan kepadanya.





