SEKTOR khidmat sosial kini boleh merujuk kepada panduan untuk melihat bagaimana mereka dapat membina keupayaan digital serta mengakses huraian teknologi berdasarkan keperluan mereka.
Pelan Digital Industri Khidmat Sosial (IDPSS) diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa Sidang Khidmat Sosial tahunan di Pusat Konvensyen Suntec City hari ini (14 Julai).






