PADA usia 70 tahun, ikon tarian tradisional Melayu Singapura, Cik Som Said, masih bersemangat mempelajari ilmu pendigitalan, apa lagi dalam keterbatasan sekatan pandemik Covid-19, meskipun akur ia tidak semudah mana.
"Kalau bikin Zoom berkali-kali tu, anda sama ada tak nampak muka saya dan hanya dengar suara atau hanya nampak muka tetapi suara saya tidak kedengaran kerana faham-fahamlah... selalu ada sahaja...





