WALAUPUN penggunaan bahasa Inggeris yang meluas dalam kalangan anak muda suatu yang tidak dapat dielak, penting untuk memastikan mereka berupaya berdwibahasa dan turut mengamalkan penggunaan bahasa Melayu juga, kata Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman semalam.
Justeru, perlu untuk mempergiat usaha meningkatkan keupayaan dwibahasa anak-anak Melayu dari peringkat sekolah lagi, dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan...





