KERADANGAN otot jantung, atau miokarditis, yang mungkin mempunyai kaitan dengan vaksinasi, mungkin merupakan antara faktor di sebalik kejadian yang menyebabkan seorang belia berusia 16 tahun mengalami serangan jantung menyusuli kegiatan angkat berat di gimnasium minggu lalu.
Demikian menurut pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Madya Kenneth Mak ketika menjawab soalan wartawan sewaktu sidang media maya pasukan bertindak berbilang kementerian...





