KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan ketika ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu (7 Julai), memaklumkan pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan...





