PANDEMIK Covid-19 telah menjejas ekonomi dan pekerjaan serta menyulitkan kehidupan sesetengah individu, namun bagi Encik Muhamed Ibrahim Mohd Salleh dan Siti Hairani Aznor mereka sebaliknya menganggap pandemik sebagai lembaran baru dalam kehidupan.
Berbekalkan kemahiran dan semangat baru yang diraih menerusi kursus-kursus peningkatan diri yang mereka sertai, Encik Ibrahim telah memulakan perniagaan gunting rambut dengan membuka salun bersama anaknya di Joo...





