SERAMAI 14 lelaki telah dihukum penjara sehingga dua bulan kerana menyeludup masuk rokok elektronik, atau e-vaporiser, dan barangan berkaitan bernilai sekitar $700,000 ke Singapura. Ini merupakan rampasan terbesar sejauh ini.
Lelaki tersebut, yang kesemuanya warga Malaysia berusia antara 22 dengan 54 tahun, dijatuhi hukuman itu kelmarin selepas cuba melakukan kesalahan tersebut pada 7 Jun dengan menyembunyikannya dalam tujuh lori berdaftar...





