KEPIMPINAN masyarakat serta golongan cendekiawan memainkan peranan penting dalam membentuk identiti Melayu Singapura sebagai sebuah masyarakat minoriti yang menyumbang secara aktif pada negara.
Dalam pada itu, kekuatan masyarakat Melayu juga perlu dikenal pasti dan diperkembangkan untuk menyerlahkannya sebagai teladan bagi masyarakat minoriti di negara lain, kata pemimpin masyarakat, Haji Maarof Salleh dalam satu sesi perbincangan Siri Cendekiawan Lestari (CLS) anjuran...





