WALAUPUN mempunyai dua anak berkeperluan khas, Encik Buang Ahmad, 70 tahun dan isterinya, Cik Noorhayah Mohd Arrifin, 66 tahun, tidak merasa begitu terbeban kerana sangat menyayangi mereka, apatah lagi anak-anak yang sudah dewasa itu berkelakuan baik.
Anak-anak mereka, Encik Mohamed Halim Buang, 42 tahun, dan Encik Abdul Kadir Buang, 44 tahun telah dikesan mengalami daya intelek rendah semasa di sekolah...





