SINGAPURA telah menandatangani satu persetujuan bersama penghasil ubat GlaxoSmithKline Singapore dan firma pengimunan tahap klinikal Vir Biotechnology bagi membeli sejenis ubat untuk merawat pesakit yang mengalami simptom ringan hingga sederhana Covid-19.
Persetujuan pembelian awal itu adalah bagi bekalan ubat yang masih di tahap percubaan sotrovimab, sejenis ubat antibodi monoklonal dos tunggal yang diberi kepada pesakit menerusi infusi intravena, kata GSK...





