PARA Anggota Parlimen (AP) dan pemimpin Melayu/Islam berkata langkah pemerintah membenarkan jururawat di sektor awam memakai tudung semasa bertugas adalah bukti kerja keras pemimpin masyarakat dan asatizah bekerjasama dengan pemerintah untuk mencari huraian secara aman.
Langkah itu juga dihargai sedang ia akan memberi ketenangan kepada kaum Muslimah yang bertugas dalam sektor kesihatan awam.





