ENCIK Muhammad Ruzhael Marwazi teruja apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengongsi karyanya - 'Kejar' - pada Rapat Hari Kebangsaan semalam, kerana ia antara filem pendek beliau yang dekat dengan hatinya.
Ia detik membanggakan Encik Ruzhael, 20 tahun, yang berasa penat lelah dan pengorbanannya menghasilkan filem mengenai pengalamannya sebagai pekerja penghantaran makanan amat berbaloi.





