LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur Nuno Espirito Santo berkata Harry Kane komited kepada kelab itu dan semua pihak harus berhenti membincangkan perkara yang tidak membina, selepas pemain itu menjaringkan dua gol dalam perlawanan Liga Persidangan Europa, semalam.
Kane, yang mengakhiri spekulasi berkenaan masa depannya di Spurs baru-baru ini, membantu kelab itu mengatasi Pacos de Ferreira 3-0, yang bermakna Spurs menerbalikkan kekalahan...





