SYARIKAT pembayaran digital Amerika Syarikat, PayPal akan meningkatkan bilangan tenaga kerjanya sebanyak 25 peratus di Singapura hasil kerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan disokong Industri Digital Singapura (DISG).
Ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru bagi rakyat Singapura dalam usaha syarikat itu memanfaatkan teknologi bagi menyediakan khidmat kewangan dan dagangan lebih mudah dan dimampui ramai, menurut kenyataan IMDA...





