ARCA Merlion yang ikonik di Taman Merlion akan dipagar mulai Khamis hingga 28 Ogos untuk dibersihkan dan kerja penyenggaraan.
Arca itu, yang dibentuk oleh tukang batu setempat, Encik Lim Nang Seng, dilancarkan pada 15 September 1972 di muara Sungai Singapura oleh Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.





