PERJALANAN ke tempat kerja, yang selalunya memerlukan 10 hingga 15 minit, memakan masa berjam-jam bagi Cik Erny Mohd Yazid dan suaminya, yang terperangkap dalam banjir akibat hujan lebat pagi semalam.
Kereta yang dipandu suaminya untuk menghantar beliau dari Simei ke tadika MOE di Sekolah Rendah Meridian di Pasir Ris Street 71 gagal berfungsi apabila sebahagian kenderaan itu tenggelam dalam air...





