CINCINNATI: Pemain tenis Naomi Osaka meninggalkan sidang media sambil menangis kelmarin, selepas hubungannya dengan media mendapat perhatian apabila seorang wartawan menuduhnya menggunakan media bagi kepentingan diri sendiri.
Akhir-akhir ini hubungan Osaka dengan media tegang, dengan pemain nombor dua dunia itu berkata kesihatan mentalnya terjejas disebabkan beberapa soalan tertentu.





