PENGUNJUNG Pusat Makanan Redhill boleh membantu perniagaan pegerai kegemaran mereka sambil menyediakan hidangan bagi individu yang memerlukan melalui inisiatif baru yang dilancarkan pertubuhan akar umbi Radin Mas.
Inisiatif 'It's On Me' yang melibatkan lebih 50 pegerai di pusat makanan itu memberi peluang kepada pengunjung 'mendermakan' paket makanan dan minuman semasa membeli makanan di gerai-gerai tersebut.





