MASYARAKAT Melayu / Islam di Singapura terus teguh dan cekal dalam menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran sepanjang pandemik ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
"Saya sangat bangga dengan sifat terpuji masyarakat kita yang memaparkan ciri-ciri Masyarakat Gemilang. Harapan saya agar masyarakat kita akan terus teguh mengharungi masa-masa mencabar ini dengan tenang, sabar dan taqwa...





