MESKIPUN Team Singapore tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Chef-De-Mission kontinjen Singapura ke Sukan Olimpik Tokyo, Dr Ben Tan, kekal kagum dengan semangat tabah dan kebingkasan 23 olahragawan yang mewakili negara dalam tempoh pandemik.
Beliau dapat melihat bagaimana golongan atlet ini menangani pergolakan yang berpunca daripada pandemik koronavirus memandangkan acara kelayakan sukan ditunda, rancangan berlatih...





