RAKYAT Singapura yang tidak mempunyai latarbelakang dalam bidang teknologi digalakkan untuk mempertimbangkan kerjaya di sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Pelbagai pendedahan, maklumat dan peluang kerjaya ini dapat diikuti menerusi acara Bulan SkillsFuture X Smart Nation (SFM X SN) yang kembali berlangsung di Our Tampines Hub (OTH).





