NEW YORK: Hospital di New York kini sedang membuat persiapan memecat ribuan pekerja penjagaan kesihatan kerana tidak mematuhi mandat vaksinasi Covid-19 yang berkuat kuasa kelmarin, dengan beberapa wilayah di beberapa negeri mengurangkan perkhidmatan yang disediakan kerana kekurangan kakitangan.
Pusat Perubatan Erie County (ECMC) di Buffalo telah menggantung pembedahan pilihan pesakit dan tidak akan menerima pesakit penjagaan intensif dari hospital lain...





