BEBERAPA saranan konkrit, termasuk memperkukuh undang-undang dan meminda Piagam Wanita bagi memberi kuasa kepada mahkamah mengeluarkan lebih banyak jenis perintah bagi melindungi mangsa dalam masalah keganasan dalam keluarga, telah diajukan oleh Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga. Ia adalah antara 16 saranan yang diketengahkan pasukan bertindak yang dipengerusikan bersama Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Menteri...





