KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan menyiarkan peta yang memaparkan kawasan yang dikunjungi lebih ramai kes-kes jangkitan Covid-19 mulai 1 Oktober. Ia bertujuan sebagai panduan untuk membantu individu merancang pergerakan dan aktiviti mereka dengan lebih baik, menurut kenyataan kementerian itu semalam.
Individu yang telah mengunjungi kawasan-kawasan 'hotspot' yang tersenarai pada tempoh yang sama digalakkan untuk memantau kesihatan mereka dan menjalankan ujian pantas...






