FIRMA elektronik Panasonic akan menutup operasi perkilangan pemampat penyejukannya di Singapura lantas membawa pada pembuangan kerja 700 orang.
Bagaimanapun, ibu pejabat global bagi kegiatan perniagaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) pemampat penyejukan akan kekal di Singapura, kata firma itu dalam kenyataannya kepada akhbar The Straits Times.





