WARGA Singapura tidak lagi perlu membayar yuran apabila mendapatkan pasport dan kad pengenalan mereka di cawangan SingPost mulai 1 Oktober ini.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menjelaskan pada Rabu (22 September) ia akan membiaya segala kos bagi memudahkan keadaan.





