HOSPITAL Tan Tock Seng (TTSH) telah memperluas jabatan kecemasannya bagi mewujudkan lebih banyak ruang bagi pemeriksaan sebagai sebahagian langkah menangani Covid-19.
TTSH, dalam catatan Facebook, pada Isnin malam (20 September) berkata pesakit yang tiba dengan kereta atau teksi ke Pusat Perubatan Geriatrik atau jabatan kecemasan harus akur bahawa separuh tempat meletak kereta berdekatan dengan jabatan kecemasan ditutup.





